Sunday, June 21, 2009

PERKONGSIAN PINTAR 3K


Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menggagaskan gerak kerja 3K iaitu Kepimpinan, Keusahawanan dan Kemahiran. Gagasan 3K itu dibuat untuk menjana dan melonjakkan pembangunan generasi muda mengikut acuan sendiri.

Matlamat gerak kerja 3K?

Memberi tumpuan untuk menjadikan perkongsian pintar sebagai satu budaya paling aktif dalam MBM. Sebagai badan induk kepada 40 buah badan gabungan belia seluruh Malaysia, MBM perlulah mencipta dan menyumbang khidmat terbaik kepada ahli gabungannya di seluruh negara. Jika kita tidak mampu berfungsi sehingga ke tahap cemerlang, gemilang dan terbilang, ia akan dilihat hambar atau tidak berfungsi di tahap maksimum oleh ahli khususnya dan masyarakat amnya.

Perjalanan gerak kerja 3K?

MBM menjuruskan perhatian kepada pelbagai projek yang rangka kerjanya dibuat mengikut pelan bertindak yang telah dirangka secara tersusun. Pendekatan pertama ialah MBM berfungsi sebagai rakan kongsi kepada setiap program belia, tidak kiralah program tersebut berstatus kampung, bandar, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Melalui kaedah sedemikian, MBM boleh menerapkan gerak kerja 3K. Sebagai rakan kongsi, belia lebih mudah didampingi atas semangat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). MBM juga kenalah ingat bahawa belia sekarang merupakan mereka yang berpengetahuan tinggi iaitu masyarakat berkomputer. Golongan belia yang ada sekarang adalah individu yang dilahir dan dibesarkan dalam zaman serba canggih..zaman informasi teknologi maklumat (ICT)...zaman televisyen warna..bukan lagi zaman televisyen hitam putih seperti tahun 1960-an dan 1970-an dulu. Pendek kata, pendekatan yang wajar digunakan oleh MBM untuk mendampingi golongan ini mestilah dibuat secara tersusun agar matlamat kita benar-benar sampai kepada kumpulan sasar. MBM mengambil langkah itu kerana melalui pendekatan sebagai rakan kongsi kepada program belia MBM juga memberikan bimbingan kepada remaja untuk mengatasi pelbagai masalah semasa. Contohnya jika dahulu kampung yang 'kawal' budak-budak, tetapi sekarang sudah terbalik iaitu budak-budak pula yang 'kawal' kampung mereka sendiri.
Contoh terbaru gerak kerja 3K yang dikendalikan oleh MBM?

MBM telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Hala tuju perbincangan ialah untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia terutama lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS). Pemuafakatan telah dicapai untuk menggunakan pendekatan 3K. Dalam kes ini MBM akan menyampaikan peluang perniagaan dan kerjaya yang disediakan oleh kementerian itu kepada belia suluruh negara. MBM juga akan membantu belia terlibat mendapatkan peluang yang disediakan oleh kementerian berkenaan terutama berkecimpung secara aktif dalam bidang keusahawanan. Hasil perbincangan MBM dengan kementerian tersebut ternyata amat menggalakkan.

Dari dulu lagi belia Melayu masih berstatus pekerja dan pembeli. apakah usaha MBM untuk mengubah senario itu?

Kajian MBM mendapati sudah ada petunjuk kegembiraan kepada pembangunan ekonomi masyarakat Melayu, terutama yang bermula sebagai belia. Salah satu petunjuk yang cukup menggembirakan ialah sudah wujud satu budaya baru di kalangan belia Melayu. Tidak kiralah belia kampung mahupun dibandar. Mereka semakin ghairah bersaing dalam dunia perniagaan. Itulah yang MBM banggakan. salah satu budaya niaga yang dimiliki oleh orang Melayu sekarang ialah menjual burger dan nasi lemak.MBm juga menurut membuat kajian mengenai perniagaan nasi lemak yang cuba dipasarkan oleh peniaga India Muslim terutama menerusi penjualan di restoran. Namun begitu, ia tidak mendapat sambutan sehebat nasi lemak yang dijual oleh orang Melayu. Pendek kata, perniagaan nasi lemak di Malaysia sudah dimonopoli oleh orang Melayu. Tinggal lagi, terpulanglah kepada usahawan Melayu itu sendiri bagaimana mereka boleh mengembangkan lagi perniagaan tersebut sehingga ke tahap komersial.

Masalah belia. Satu daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah. Apa pendekatan MBM?

Untuk membasmi kes ini MBM bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan beberapa program seara berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, caranya amat mudah iaitu pendidikan mestilah bermula di rumah..janganlah 100 peratus serah anak kepada cikgu dan sekolah sahaja sedangkan emak dan ayah 'goyang kaki' sahaja. Anak kita kenalah kita yang didik mereka mengikut acuan kita sendiri.

Wajarkah budaya itu diamalkan di Malaysia?

Kita memerlukan belia yang bermasyarakat..belia yang boleh membina modal insan untuk negara ini sendiri. Ini kerana negara kita mestilah mengikut auan kita sendiri dengan pelihara jati diri.


No comments:

Post a Comment