Thursday, April 16, 2009

Sekitar Perjumpaan Kali Kedua

25 Rabiul Awal 1430h / 22 Mac 2009

Saudara Lukman Mat Isa selaku pengarah program memberi ucapan alu-aluan kepada hadirin.

Tekun mendengar amanat dari YB Ustaz Nasir




YB turut mendengar pembentangan idea-idea daripada kalangan hadirin.

Laporan Pada Perjumpaan Kali Kedua

LAPORAN

_____________________________________________________________________________________

PERHIMPUNAN MAHASISWA PADANG TERAP

(KAMPUS-KAMPUS DI LEMBAH KELANG)

TARIKH: 22 MAC 2009

MASA: 3.00 PETANG – 5.30 PETANG

TEMPAT: DEWAN MASJID UIAM PETALING JAYA, PETALING JAYA.

1.0 KEHADIRAN

Lelaki: 9 orang Perempuan: 21 orang JUMLAH: 30 orang

UM

UIAM

UKM

UPM

UITM

KUIS

LAIN-LAIN

24

4

0

1

0

1

0

2.0 JEMPUTAN KEHORMAT

YB Ustaz Nasir bin Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap.

3.0 AGENDA

MASA

AGENDA

TINDAKAN

03.00 petang

Majlis dimulakan

Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab dan mengalu-alukan kehadiran YB Ahli Parlimen dan rakan-rakan mahasiswa ke program.

Pengerusi Majlis: Zulkifli Yaakob

03.10 petang

Sesi Taaruf

Setiap yang hadir memperkenalkan diri, tempat tinggal, universiti, kursus dan tahun pengajian. Mahasiswa juga telah mengisi Borang Maklumat Peribadi Mahasiswa Padang Terap.

Pengerusi Majlis

03.40 petang

Ucapan Aluan oleh Pengarah Program

Pengarah Program berterima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua hadirin dan menjelaskan objektif program tersebut diadakan. Beliau juga mengharapkan kerjasama semua mahasiswa yang hadir untuk menjayakannya dan menegaskan tentang tanggungjawab sosial serta tugas dakwah bagi seorang mahasiswa.

Pengarah Program:

Mohd Lukman Mat Isa

03.50 petang

Ucapan oleh YB Ahli Parlimen

YB Ustaz Nasir bin Zakaria merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan mengucapkan tahniah kepada mahasiswa yang hadir. Beliau berkongsi pengalamannya sebagai pemimpin mahasiswa dan terkini sebagai pemimpin masyarakat. Beliau menyatakan impiannya untuk melihat mahasiswa Padang Terap disatukan di bawah satu organisasi yang tersusun dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat di Padang Terap terutama dalam aspek pendidikan, pembangunan modal insan, sosial dan kebajikan. Beliau juga menegaskan bahawa ia adalah tanggungjawab dakwah untuk memandu masyarakat ke arah kehidupan cemerlang berteraskan Islam yang diredhai Allah s.w.t.

04.15 petang

Kuiz

Pengerusi Majlis mengemukakan 15 soalan kuiz kepada hadirin yang merangkumi soalan menarik tentang sejarah, geografi, kebudayaan dan tokoh-tokoh Padang Terap. Setiap hadirin yang berjaya menjawab dengan betul menerima hadiah yang disampaikan oleh YB Ahli Parlimen.

Pengerusi Majlis

04.30 petang

Perbincangan Berkumpulan

Hadirin telah dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi membincangkan 3 bentuk sumbangan atau program daripada mahasiswa untuk masyarakat Padang Terap yang merangkumi semua aspek hidup dan kumpulan sasaran.

Pengarah Program

04.45 petang

Sesi Pembentangan

Wakil setiap kumpulan membentangkan 3 cadangan hasil dari perbincangan kepada semua hadirin. 15 cadangan telah berjaya diperolehi hasil pembincangan tersebut.

Pengarah Program

05.00 petang

Ucapan Penggulungan dan Penutup oleh YB Ahli Parlimen

YB Ustaz Nasir bin Zakaria memberikan komen yang membina terhadap cadangan-cadangan yang telah diberikan dan mengharapkan supaya satu organisasi penaja ditubuhkan bagi menilai, mempertimbang dan menyusun semula cadangan-cadangan tersebut untuk dilaksanakan. Beliau turut memberikan 10 cadangan tambahan untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi pergerakan mahasiswa Padang Terap.

05.15 petang

Perlantikan Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan

Keseluruhan perbincangan telah membawa kepada satu resolusi untuk mewujudkan sebuah organisasi dengan diberi nama sebagai Persatuan Belia Padang Terap*. Maka satu jawatankuasa penaja telah dilantik melalui cadangan dan undian yang diberikan oleh semua hadirin.

Pengarah Program

05.30 petang

Majlis ditangguhkan

Majlis ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan bacaan doa.

Pengarah Program

05.35 petang

Jamuan

Hadirin menikmati jamuan yang telah disediakan oleh AJK Penganjur.

AJK Penganjur


*masih dalam peringkat perbincangan mengenai nama persatuan.


Cadangan Aktiviti

Cadangan Aktiviti-Aktiviti yang bakal dibawa oleh Persatuan Belia Padang Terap adalah seperti berikut:

1) Mengadakan kelas tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar di dewan orang ramai.
2) Menganjurkan program motivasi untuk pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM.
3) Menubuhkan Kelab Mahasiswa Padang Terap yang mempunyai fasilitator-fasilitator untuk menyusun program-program seperti carnival untuk orang ramai.
4) Menganjurkan Kem Kepimpinan untuk remaja
5) Menganjurkan kursus untuk Imam dan Bilal
6) Menganjurkan Kem Ibadah untuk pelajar-pelajar
7) Mengadakan program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan ziarah
8) Mewujudkan kelas belajar al-Quran dan Tajwid untuk masyarakat yang memerlukan
9) Menganjurkan kelas Fiqh Wanita untuk golongan wanita
10) Menganjurkan Karnival IPTA/IPTS untuk lepasan SPM dan STPM
11) Menganjurkan Kem Pemantapan Akidah dan Kerohanian untuk pelajar-pelajar bermasalah
12) Mewujudkan kempen Kitar Semula
13) Menganjurkan Kem/ Ceramah Motivasiberpusat di Kolej MARA untuk pelajar semua sekolah di Padang Terap
14) Menjelajah ke masjid-masjid dengan program seperti Smart Solat dan lain-lain.
15) Mengadakan program celik IT di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Sekiranya anda ada cadangan tambahan utk pertimbangan pihak kami, sila ajukan cadangan anda ke alamat emel kami ( belia_pt[at]yahoo.com ). Cadangan anda amatlah kami alu-alukan. Terima Kasih.

Jawatankuasa Penaja

JAWATANKUASA PENAJA BAGI PERSATUAN BELIA PADANG TERAP

PENGERUSI :

ZULKIFLI BIN YAAKOB

TIMBALAN PENGERUSI:
NURUL HUSNA BINTI HAYAZI

SETIAUSAHA:
MOHD LUKMAN BIN MAT ISA

BENDAHARI:
NORAZAHARAH BINTI MD ZUKI

WAKIL-WAKIL KAMPUS
UM : SURAYA BINTI AHMAD
UIAM : NURUL HUDA BINTI YAAKOB
UPM : NURUL HUSNA BINTI HAYAZI
KUIS : AISHAH BINTI ASSYARAZI

Perjumpaan Kali Pertama

4 Syawal 1429 / 4 Oktober 2008
Perjumpaan kali pertama telah di adakan pada hari raya Aidilfitri yang ke-4, bersamaan 4 Oktober 2008. Pada pertemuan kali pertama ini, lebih daripada 40 belia sekitar daerah Padang Terap berjaya dikumpulkan. Pada pertemuan inilah, bermulanya idea-idea untuk penubuhan Persatuan Belia bagi daerah Padang Terap yang tercinta dengan harapan belia dapat menabur budi dan jasa kepada penduduk-penduduk di daerah Padang Terap khususnya.





Pada peringkat permulaan, pertemuan kali ini lebih terjurus pada "brain storming" utk mewujudkan persatuan belia di Padang Terap, dan juga merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan masayarakat setempat dari segenap lapisannya, daripada peringkat usia kanak-kanak sehinggalah orang tua.

Selain daripada belia-belia yang berada di sekitar Padang Terap, turut hadir pada perjumpaan ini adalah mahasiswa-mahasiswa yang berada di menara gading, yang sedang melanjutkan pelajaran di segenap pelusuk IPT dan IPTS di seluruh Malaysia.

Objektif

Objektif Penubuhan Persatuan Belia Padang Terap

(1)Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan keimanan, menanamkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;

(2)Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dan masyarakat dalam bidang pendidikan, kebudayaan, kebajikan, sukan, kerohanian dan lain-lain;

(3)Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;

(4)Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;

(5)Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;

(6)Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

Sunday, April 12, 2009

Sejarah

Padang Terap

Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. A
Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Asal Usul
Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang.
Di Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namankan dengan "Padang" seperti Padang Besar,Padang Lalang,Padang Perahu,Padang Hang ,Padang Mat Sirat.Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan samada tanah nya yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan. Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap(Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini.Profile tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagi Siri Terap.

Ekonomi
Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Pulau Pinang yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang di keluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas.Kilang gula ini di samping memproses gula dari landang ia jua memproses gula yang diimpot kerana keluaran landang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang.Lagi pun industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang di importt dari pasaran dunia agak murah berbading dengan keluaran tempatan. Oleh itu ladang tebu telah memperbagai tanaman nya meliputi tanaman pisang dan nenas[1]

Tarikan pelancongan
Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering dikunjumgi pelancong antarabangsa. Selain itu terdapat juga Jeram Tok Din dan Chalet Dusun.Satu lagi laluan masuk keluar ke Thailand sedang di bangunkan di Durian Burung