Sunday, June 21, 2009

PROGRAM BELIA PATUT UTAMAKAN KREATIVITI Sumbangan idea dan kreativiti golongan belia kini dianggap pemangkin baru ekonomi berasaskan kreativiti (c-ekonomi) yang boleh membantu kerajaan menjana pendapatan untuk pembangunan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan kini menggalakkan semua program belia memasukkan unsur kreativiti kerana ia berpotensi besar mengubah ekonomi golongan belia.


"Suara dan sumbangan golongan belia tidak lagi dikongkong apabila kerajaan setuju meminda Akta Universiti dan Kolej yang bertujuan membolehkan pemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi bergerak aktif dalam pertubuhan belia."Selain itu, kewujudan Akta Belia yang baru juga membantu semua generasi muda berpeluang tampil menyuarakan pandangan pada peringkat nasional,” katanya sempena Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 bertemakan Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan.

INFO ANUGERAH BELIA NEGARA 2009

kategori sukan: pasukan Formula Future
> kerana membantu mengharumkan nama negara sejak menjuarai kejohanan itu di Lisbon, Portugal pada 2004 dan kejayaan terbaru muncul juara di Ravenna, Itali, tahun lalu.

kategori pendidikan: Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
> memperolehi keputusan 20A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008

kategori Sains dan Teknologi: Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.
> menerusi pencapaian memenangi pingat emas di Festival Sains dan Teknologi di Finland tahun lalu.

No comments:

Post a Comment